Followers

Monday, 4 June 2012

hadiah Istimewa buat s dia

luahkan rasa cinta anda kepada tersayang dengan menghadiahkan sesuatu kepada si dia. pasti si dia tertambat dengan kamu .. antar 5 cara untuk menambat hati si dia.


1. Set Aksesori
Sekiranya pasanganmu gemar dengan aksesori, pilihlah rantai, gelang mahupun cincin yang sesuai. Hadiah yang diberikan lebih bermakna jika terdapat maksud yang tersirat disebalik aksesori yang dihadiahkan. Contohnya, seperti loket rantai yang terdapat ukiran namanya. Pasti si dia selalu mengingatimu setiap kali memakai aksesori tersebut.
2. Bunga
Tahukah kamu, bunga merupakan penjualan yang tertinggi pada hari kekasih. Walaupun pemberian bunga agak lapuk ideanya tetapi jangan salah sangka kerana wanita memang gemar dengan pemberian jambangan bunga! Buat kejutan di rumah atau di tempat kerjanya dengan sejambak bunga bersama nota cinta yang romantis.
3. Memori Indah
Rakamkan memori indah bersama kekasih hati dengan pengalaman romantis yang tidak dapat dilupakan. Antara perkara romantik yang diidamkan bagi setiap wanita adalah belayar menaiki cruise ke tempat yang si dia ingini. Pasti pengalaman berharga ini mengeratkan lagi hubungan cinta anda berdua.
4. Hadiah Romantik
Kadangkala, pemberian hadiah hasil tangan sendiri lebih bermakna dan mempunyai nilai sentimental. Jadikan diri anda sebagai pencinta yang kreatif dengan membuat satu video romantis yang dapat membuatkan si dia terharu dengan usahamu. Selain daripada itu juga, anda boleh mencipta buku seperti “10 Reasons Why I Love You”. Sungguh romantis!
5. Makan Malam
Antara perkara yang diidamkan wanita adalah kejutan makan malam. Malam itu lebih romantis jika si dia menyarungkan padanan yang dihadiahkan oleh kamu. Tidak kiralah ke hotel atau restoran mewah, buatlah satu kejutan yang membuatkan si dia bertambah sayang padamu.

Sunday, 3 June 2012

Bersyukur kepada Nya

ASSALAMUALAIKUM <3

fuhhh ... betol-betol bersawang blog nihh .. maaf.. tak dapat ,meng'update' atas masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan .. sebelum terlupa ..WELCOME JUNE and GOODBYE MAY .. hopefully this month give me more enjoyment in my life .. Amin ..NEXT !!!

hehehhehe ( ketawe malu ) ok .. yang sebenarnya.. hari nih .. saya happy sangat .. why ?? ok .. let me share a little bit ok .. actually .. hari nie bersamaan 3.6 .2012 .. Alhamdulilah .. genap lah setahun aku dan arjuna bersama ... yeee.. tau.. setahun tu memang bru sesangat .. tp aku tetap bersyukur.. kerana hubungan kami tetap bertahan sehingga hari ni.. banyak sangat dugaaan yang datang .. dan kadang-kadang aku rasa seakan-akan tak mampu untuk meneruskan lagi .. but .. kata-kata " ORANG YANG SABAR TAK KAN RUGI " yang arjuna sendiri cakap kat aku pada suatu hari kiteorang gaduh buat aku kuat untuk mempertahankannya .. atas berkat doa kami kepada Nya .. alhamdulilah kami masih lagi lagi bersama..

aduhhh .. kadang-kadang nak tergelak bila ingat balik first meet kiteorang . ingat lagi kiteorang jumpa time aku ngah rest dr keje.. bukan lama pon waktu rehatnya.. kalau tak salah 30 minit je .. tapi kiteorang jumpa kejap pegi makan kat KFC Segamat ..




hahahahha.. sumpahh !!!! memang tak boleh blaa.. masing-masing agak malu .. tapi aku cool je.. ( konon padahal hati dah nervous) then abis waktu rehat arjuna tak teros balik sebab die ajak pegi dataran segamat sebab time tuhh ada expo ape ntah . so .. die pon tunggu la aku kat depan kedai.. ( time tu die dengan kawan die.. namanya pitong )

aku suka sesangat tempat nihhh !!!! nak tau ?? ok . jap ea..


haaa.. nih bukan sekadar taman permainan semata-mata .. taman permainan ni terletak di Taman Bunga Bukit Hampar atau lebih dikenali sebagai Rock Garden segamat.. why this place too special to me ?? ok.. sebabnya .. kat rock garden ni lah arjuna purpose aku .. :) hehehhehe .. aku suka sangat pergi tempat nihh. lau kiteorang gadoh aku mesti aku nak pergi sini.. sebab bila pergi sini aku rasa sangat tenang ..

ok lah.. rasanya sampai sini jelah yang dapat aku buat untuk entry kali nihh.. untuk semua follower saya.. harap kalian dapat mendoakan yang baikII untuk perhubungan.. tak lupa untuk semua rakanII yang mengenali kami berdua.. akhir kata SAYA SAYANG AWAK ARJUNA ...







r