Followers

Monday, 19 March 2012

Tanda Seseorang Tulus Mencintai kita :)

Dalam kehidupan nih.. kita sibuk dok cari orang yang betol2 ley terima diri kita yg macam @#@$%^&*% ni kan.. Tanpa korang sedari, dalam korang dok2 carik tuhh.. orang tuhh mmg dah ada depan korang.. just korang je yang xperasan..ni mungkin berlaku tak kira pada lelaki mahupun perempuan.
 Betol ke x ??? Let see :)

1 . Orang yang mencintai kamu tidak mampu memberikan alasan kenapa dia menyukai dan menyayangi diri    kamu. Yang dia tau, di hati dan matanya hanya kamu satu-satunya.

2. Orang yang mencintai kamu menerima semua tentang kamu. Perangai, fizikal dan lain2.. Even korang selalu complain yang korang da gmox ( for girls )

3. Orang yang mencintai kamu, selalu ingin tahu apa yang korang buat setiap hari.

4.  Orang yang mencintai kamu akan memberikan sms " Selamat Malam" , " Good Morning" ,
 "Take Care", dan lain-lain even korang tak reply sms dia. Kerana bagi dia, dengan ucapan sebegitu si dia mengungkapkan kata-kata " Saya Sayang Awak" tetapi berselindung dengan kata-kata sebegitu.

5. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati apa saja yang berlaku sepanjang hubungan korang. tak kira time korang happy, sedih, gaduh dan sebagainya. Even peristiwa tu korang da lupa.. tetapi dia tetap ingat kerana setiap yang berlaku bersama kamu adalah saat-saat manis baginya.

6. Orang yang mencintai kamu akan memberikan barang miliknya yang mungkin  buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa, tetapi barang itu sangat istimewa buatnya.

7. Orang yang mencintai kamu sering  melakukan hal2 yang SENGAL seperti menalefon kamu 100 kali dalam sehari atau memberi sms di tengah malam. Ini beerti si dia memikirkan kamu.

8. Jika kamu memintanya mengajarimu sesuatu, si dia akan mengajarimu dengan sabar. Bahkan dia begitu gembira dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari membantu kamu walau sesukar mana permintaan kamu.

9. Di hatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, 

10. Jika suatu saat, kamu merindukannya, si dia tetap setia menunggumu kerana dia tidak pernah mahukan orang lain selain diri kamu. Dia sentiasa menunggu kamu.


No comments:

Post a Comment