Followers

Monday, 19 March 2012

WATCH OUT GIRLS !!

setiap pasangan inginkan keserasian dan jugak hubungan yang berkekalan sehingga akhir hayat..
biarlah bercinta bertahun-tahun dan akhirnya berbaloi terus naik pelamin.. BOHONG !! if ade couple yang xnak mcm tuhh...yelaa..tp kita sebagai manusia hanya mampu meraaancang dan hanya Allah sahaja yang menentukan..ala..bak kata orang tua-tua.. " Jodoh, Ajal dan Maut semuanya di tangan Dia "
 tidak kira lelaki mahupun perempuan masing-masing akan berusaha memperbetulkan kesalahan diri dan akan menjadi yang lebih baik di masa akan datang..hmm tapi pernah tak korang perasan yang couple korang nih da lain sikit angin dia?? haa.. hati-hati!!

adalah lumrah bagi setiap manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lain daripada sedia ada ?

Berikut keadaan atau petunjuk mengintai si dia " memasang" yang lain atau berlaku curang..
jeng..jeng..jengg.. !!

Asyik tengok jam tangan die je bila dating





lazimnya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama apabila bersama. Tetapi sejak kebelakangan ni..
si dia asyik resah dan sesekali menjeling-jeling jam dia apabila bersama anda. Macam ada hal lain yang lebih penting dari anda.. Si dia juga sering berkejar-kejar ( nak cepat je ) sehingga anda ditinggalkan berseorangan kerana "kononnya" ada emergency case.. 

Hati- hati .. kerana si dia mungkin mahu meng'date' dengan perempuan lain dan anda hanya dijadikan tempat menghilangkan kebosanan atau yang sama maksud dengannya..

Tiba-tiba mengadu sakit ketika bertemu janji dengan anda

asyik berseronok, tiba-tiba si dia mengadu sakit dan ingin pulang ke rumah. Ada-ada sahaja sakitnya..pening,sakit perut, nak pitam lah xpon rasa nak demam.. Tapi, bila anda menawarkan diri untuk menghantarnya pulang ke rumah ataupun ke klinik.. si dia menolak dengan sunguh-sungguh sekali ..
" xpelah sayang,.. I xnak susahkan you.. I boleh balik sendiri.. you jangan risau okay "
 ini bermakna si dia berpura-pura sakit dan mencari alasan untuk megelak dari keluar bersama anda.

Kerap menolak perlawaan anda untuk keluar bersama

Jika dahulu, si dia pantang mendengar pelawaan anda untuk keluar..sepantas kilat bersiap-siap dan menikmati hari-hari bersama anda..tidak kira lah tengok wayang ke, makan-makan atau sekadar bersiar-siar di taman. tetapi kini, apabila anda mengajaknya keluar.. si dia  "stanby" dengan 1001 alasan untuk diberikan kepada anda. Jika si dia setuju pun setelah dipujuk dan dirayu bagai nak rak untuk keluar bersama. Ini bermakna si dia mungkin sudah bosan dan mahu meninggalkan anda..

Menjadi panas baran dan selalu mencari kesalahan

si dia merupakan seorang yang penyayang, romantik dan sangat memahami. tetapi kini telah bertukar menjadi seorang yang sangat panas baran.. Asyik nak mara je keje nye.. buat tu salah, buat ni salah..ade je complain.. silap-silap hari bulan tangan boleh naik ke muka.. Biarpun kita cuba untuk tidak melakukan kesilapan, si dia akan berusaha cari kesalahan anda biarpun hanya anda lupa nak makan dengan si dia kerana sibuk..


Tidak lagi rajin menalefon anda..

Jika dahulu, mula-mula kenal x sah x tepon sehari.. Kalau x talefon, rindu x dengar suara merdu dan manja anda tuhh... walaweehhhh !!! ayat manis singguh .. kini ??? dala sms jarang sekali.. talefon tanya khabar pon payah yang amat...Situasi ini jelas mengatakan si dia akan ' clash ' dengan anda.. Walaupun tidak lama kemudian si dia menalefon anda hanya atas kepentingan tertentu sahaja..


Ni jela yang saya nak share.. maaflah sekiranya salah macam yang saya tulis nihh.. nawaitu saya hanya ingin berkonsi.. enjoyy itt !! :)




No comments:

Post a Comment